Pejabat Pendaftar merupakan tunjang utama kepada pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan. Selain menjadi pusat pengurusan sumber manusia, Pejabat Pendaftar juga merupakan pusat pengurusan sumber maklumat dan pusat pengurusan pentadbiran.
Pejabat Pendaftar juga memainkan peranan penting dalam menggerakkan segala aktiviti pengurusan dan pentadbiran universiti. Adalah menjadi hasrat pejabat ini, untuk sentiasa memberi khidmat yang terbaik kepada pelanggannya bagi menyokong visi, misi dan objektif Universiti.
Selain itu, Pejabat Pendaftar juga bertanggungjawab dalam urusan berkaitan pengurusan sumber manusia dan kebajikan kakitangan universiti.
Peneraju kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan yang bercirikan keusahawanan selaras dengan aspirasi Universiti
Untuk menjadi sebuah pusat yang cekap dalam Pentadbiran, Sumber Manusia dan Pengurusan Maklumat untuk memenuhi keperluan pelanggan
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Pengurusan Sumber Manusia bagi melahirkan kakitangan ang berkualiti. Bertindak sebagai pusat pengurusan maklumat bagi mengumpul dan menganalisa semua maklumat berkaitan dengan kakitangan dalam membantu Universiti membuat keputusan terhadap sesuatu dasar. Menjadi nadi kepada pentadbiran Universiti yang mana segala aktiviti pengurusan dan pentadbiran Universiti dirancang dan digerakan melalui pejabat ini. Mengurus dan memastikan segala aspek kebajikan staf dititikberatkan.