Berfungsi sebagai kad pengenalan diri dan digunakan sebagai kad akses warga universiti dan pelajar yang diberikan kebenaran khusus untuk memasuki ruang bilik atau kawasan tertentu.
Kategori Kad Matrik
Ia terdiri daripada dua kategori:
i) Kad Matrik Pelajar
Setiap mahasiswa yang menuntut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan dibekalkan dengan kad matrik sebagai tanda nama pengenalan semasa berada di dalam kampus.
ii) Kad Staf
Setiap staf yang melapor diri di UMK akan dibekalkan dengan kad staf sebagai pengenalan diri.