Latihan anjuran luar dibenarkan kepada semua staf Universiti kecuali:
- Staf yang dilantik secara sementara, kontrak dan sambilan melainkan mendapat sokongan Ketua Jabatan dan kursus yang berkaitan dengan keperluan tugas semasa;
- Staf yang sedang cuti belajar melainkan mendapat kebenaran Universiti;
- Kursus yang pernah dihadiri dalam kateori kompetensi yang sama dalam tempoh 3 tahun.
Had peruntukan RM3,000.00 (yuran penyertaan sahaja) setahun bagi tujuan latihan peningkatan kompetensi dan pembangunan diri.
Permohonan bagi kursus dalam negara perlu dikemukakan kepada pihak HRD
- 3 bulan bagi seminar/ persidangan yang bertaraf high impact dan 1 bulan bagi lain-lain seminar
- 1 bulan bagi permohonan dalam negeri.