Staf yang layak untuk memohon kemudahan ini adalah seperti berikut:
- Staf Kumpulan Pengurusan Tertinggi; atau
- Staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional; atau
- Staf daripada skim perkhidmatan tertentu yang memerlukan staf berdaftar dengan badan-badan profesional; dan
- Berstatus tetap, kontrak dan sementara.
Pihak Universiti hanya menanggung yuran keahlian bagi satu badan profesional sahaja (di dalam negara atau luar negara). Lain-lain keahlian adalah tanggungan staf.
Kos keahlian yang ditanggung ialah:
- Yuran pemprosesan/ pendaftaran – bayaran adalah sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan semasa mendaftar menjadi ahli sesebuah badan profesional;
- Yuran peperiksaan – sekali sahaja semasa permulaan menjadi ahli sesebuah badan profesional;
- Yuran pembaharuan tahunan – tidak termasuk bayaran pemprosesan, keahlian perpustakaan, tempahan buletin/ majalah tahunan atau bulanan dan seumpamanya tidak dibayar.
Yuran pendaftaran dibayar bagi tuntutan pada tahun semasa sahaja dan permohonan tuntutan bayaran keahlian badan-badan profesional mestilah dibuat selewat-
lewatnya tiga (3) bulan dari tarikh pendaftaran keahlian. Pihak Universiti tidak akan membayar tuntutan yang dibuat selepas tempoh ini.