27-Nov-2024

OPERASI BILIK BENCANA BANJIR UMK MULA DIAKTIFKAN SEPENUHNYA


OPERASI BILIK BENCANA BANJIR UMK MULA DIAKTIFKAN SEPENUHNYA
BACHOK 27 November 2024 I

Pengoperasian Bilik Gerakan Bencana UMK dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di semua kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) diaktifkan sepenuhnya hari ini.

Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam (JKPBA) UMK memaklumkan bahawa Bilik Gerakan UMK Kampus Kota beroperasi di Bilik Gerakan Banjir di Dewan Kuliah 15 (DK15), FPV Padang Tembak / Pejabat Keselamatan UMK Kampus Kota. Manakala Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kuliah 16 (DK16) dan Dewan Kuliah 17 (DK17), FPV Padang Tembak. Di UMK Bachok Bilik Gerakan Banjir Pejabat Keselamatan UMK Bachok dan PPS terletak di Bilik Smart Classroom 1 (KA01SC)  dan Smart Classroom 2 (KA02SC), Blok Akademik Dewan Tuanku Canselor. Manakala di UMK Kampus Jeli Bilik Gerakan Banjir Pejabat Keselamatan UMK Kampus Jeli dan PPS di Dewan Serbaguna UMK Kampus Jeli.


Operasi bilik gerakan banjir di aktifkan susulan amaran cuaca tahap buruk yang di keluarkan oleh Jabatan Meteorologi Negeri Kelantan dan tahap paras air banjir yang berlaku di beberapa daerah di sekitar Kelantan bermula 26 hingga 29 November 2024.


Namun, pelajar dan staf UMK kini berada dalam situasi terkawal berikutan beberapa kediaman mereka terkesan dengan banjir yang sedang melanda negeri pantai timur selepas hujan lebat melanda negeri ini sejak dua hari lalu. Hasil pemantauan dan laporan penyelarasan dibuat setiap 1 jam oleh petugas bilik gerakan kepada Pengurusan Tertinggi UMK.


Sementara itu, sehinggn jam 5.00 petang ini mencatatkan seramai empat orang pelajar yang menginap diluar kampus mula dipindahkan ke PPS UMK Kampus Kota, sembilan orang di UMK Bachok dan enam orang di UMK Kampus Jeli. Pelajar ditempatkan dalam kawasan kampus yang selamat dan dibekalkan kelengkapan asas dan makanan oleh HEPA.
Pihak HEPA juga telah membekalkan barangan keperluan makanan kepada 131 orang pelajar yang menginap di Kolej Kediaman.


Pejabat Pendaftar juga telah menyelaraskan pengurusan 126 orang staf yang terkesan dengan masalah banjir dan tidak dapat hadir bertugas kerana kediaman atau jalan perhubungan terputus akibat dinaiki air.
Jika situasi banjir semakin buruk, pihak Universiti akan menyarankan fakulti untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian bermula 1 Disember 2024 sehingga 7 Disember 2024 bagi memastikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran dapat diteruskan.


Pemantauan secara berterusan sedang dibuat khususnya di UMK Kampus Kota. Bilik Gerakan akan memantau perkembangan banjir dengan bantuan Sukarelawan staf dan pelajar.





ARCHIVE
2026
July (9)
June (12)
May (18)
April (22)
March (14)
February (11)
January (9)
2025
December (16)
November (19)
October (22)
September (18)
August (24)
July (24)
June (24)
May (18)
April (17)
March (18)
February (12)
January (13)
2024
December (13)
November (8)
October (9)
September (7)
August (6)
July (5)
June (7)
May (2)
January (2)
2023
December (5)
November (5)
October (2)
August (5)
July (17)
April (2)
March (2)
February (3)