26-Jun-2024

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2023


BACHOK | Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 26 Jun 2024 (Rabu), bertempat di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, Kelantan.
Seramai 101 orang penerima telah diraikan untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023 yang terdiri daripada 43 orang Kumpulan Pengurusan & Profesional (Akademik) dan 58 orang kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) dan Kumpulan Sokongan.
Manakala, seramai 11 orang penerima Anugerah Jasa Bakti (AJB) bagi staf yang berkhidmat genap 20 tahun penuh dalam perkhidmatan kerajaan dan badan berkanun.
Seramai 5 orang penerima Anugerah Jasa Setia (AJS) bagi staf yang berkhidmat genap 30 tahun penuh dalam perkhidmatan kerajaan dan badan berkanun.
Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK.
Majlis ini juga turut meraikan 8 orang staf yang berkhidmat dan bersara wajib serta bersara pilihan bagi tempoh Januari hingga Jun 2024.
Bagi Anugerah Cemerlang Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMK (EOSH Award) telah dianugerahkan kepada Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar atas prestasi cemerlang dalam aspek persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan sepanjang proses penilaian empat (4) sesi sepanjang tahun 2023.
Turut berlangsung; Sesi Peluncuran Pembudayaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan Buku Panduan Pelaksanaan EKSA UMK.
YBrs. Encik Khairul Eruwan Bin Abdul Halim, Pendaftar UMK turut hadir menjayakan majlis ini.





ARCHIVE
2026
July (9)
June (12)
May (18)
April (22)
March (14)
February (11)
January (9)
2025
December (16)
November (19)
October (22)
September (18)
August (24)
July (24)
June (24)
May (18)
April (17)
March (18)
February (12)
January (13)
2024
December (13)
November (8)
October (9)
September (7)
August (6)
July (5)
June (7)
May (2)
January (2)
2023
December (5)
November (5)
October (2)
August (5)
July (17)
April (2)
March (2)
February (3)