
LAWATAN YBHG. DATO' DR. HASSAN BASRI KE BILIK OPERASI BENCANA BANJIR KAMPUS KOTA
KOTA BHARU | 3 DISEMBER 2024 | RABU
YBhg. Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK melawat Bilik Operasi Bencana Banjir di UMK Kampus Kota pada jam 6.15 petang sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi meninjau situasi semasa banjir di Kelantan khususnya di UMK.
Taklimat disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Turut hadir adalah YBrs. En. Khairul Eruwan bin Abdul Halim, Pendaftar UMK, Pengarah Keselamatan dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar.

