21-Aug-2024
KEMBARA PATRIOTIK UMK ZON UTARA TAHUN 2024
KEMBARA PATRIOTIK UMK ZON UTARA TAHUN 2024
BACHOK | Pejabat Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Akademik UMK (PEKAUMK), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISA), Kesatuan Staf Pelaksana UMK (KESPUMK) dan Kelab Kebajikan Staf Universiti (KKSU) telah berjaya menganjurkan Kembara Patriotik UMK Zon Utara bagi tahun 2024.
Program yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 21 hingga 23 Ogos 2024 (Rabu-Jumaat) yang diketuai oleh Pendaftar UMK, YBrs. Encik Khairul Eruwan Bin Abdul Halim telah melibatkan seramai 67 orang warga UMK, terdiri daripada staf dan pemimpin pelajar yang merupakan simbolik kepada Sambutan Kemerdekaan ke 67.
Misi kali ini melibatkan tiga buah Universiti Awam (UA) iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebagai lokasi persinggahan utama Kembara Patriotik UMK Zon Utara 2024.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat;
Pengurusan Tertinggi UMK atas sokongan yang diberikan bagi penganjuran program Kembara Patriotik ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga USM, UUM dan UniMAP yang telah menyambut kami dengan meriah serta menyediakan kemudahan hospitaliti yang selesa kepada peserta Kembara.