Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Portal Rasmi Pejabat Pendaftar

logobm 2 1

Fungsi - BK

1· Memantau dan mengawasi segala aktiviti dan kegiatan pelajar di dalam kampus

2· Mendapatkan maklumat awal mengenai sesuatu aktiviti yang akan dianjurkan dan menilai tahap keselamatannya

3· Bekerjasama dengan agensi keselamatan seperti RELA, JPAM dan PDRM dalam hal berkaitan keselamatan

4· Melaksanakan tugas pengumpulan maklumat perisikan, intipan dan siasatan

5· Menerima aduan dan menyiasat serta mengemukakan kertas siasatan kes

6· Menyediakan laporan hasil siasatan kes untuk dimajukan kepada pihak Pengurusan Universiti

7· Bertanggungjawab merancang dan mengaturkan operasi untuk menangani masalah jenayah, sosial dan lain-lain aktiviti negatif di Universiti

8· Melaksanakan pentadbiran dan menguruskan sistem keselamatan elektronik dan konvensional

9· Mengenalpasti serta menguruskan perolehan, menerima dan merekod pergerakan keluar/masuk aset/peralatan

10· Mengumpul dan menyimpan data dan maklumat seperti statistik siasatan, kompaun kesalahan pelajar dan sebagainya

11· Menguruskan dan menganjurkan kursus-kursus keselamatan di dalam dan di luar kampus, khususnya untuk anggota keselamatan

12· Bertanggungjawab menentukan semua peralatan/kelengkapan/sistem keselamatan berada dalam keadaan baik berfungsi untuk digunakan

13· Melaksanakan pentadbiran dan pengurusan sistem keselamatan kampus yang efisyen dan boleh dipercayai

14· Menguruskan sistem pentadbiran am pejabat termasuk memproses permohonan dan rekod cuti rehat, cuti sakit dan cuti kecemasan anggota

15· Menguruskan sistem IMS permohonan dan kelulusan pelekat kenderaan, key-in kunci kenderaan dan pengurusan sistem e-Comm serta pengurusan sistem access door

16· Menyelaras penyediaan dan Kawalan Pas Keselamatan untuk warga Universiti, pelawat dan kontraktor

17· Melaksanakan tanggungjawab mengurus kawalan keselamatan harta benda Universiti dengan menguatkuasakan peraturan-peraturan Universiti, mengawal ketenteraman awam dan pencegahan jenayah dalam kampus

18· Bertanggungjawab di atas Penguatkuasaan Peraturan dan Tatatertib Pelajar UMK 2009 di bawah penurunan kuasa yang diberikan oleh Naib Canselor kepada Bahagian Keselamatan

19· Bertanggungjawab di atas Penguatkuasaan Peraturan Lalulintas Jalan UMK 2012 dari aspek pematuhan dan pelaksanaan sistem pelekat kenderaan, siasatan kemalangan jalan raya kampus dan sebagainya

20· Melaksanakan tanggungjawab mengurus kawalan keselamatan harta benda Universiti dengan menguatkuasakan peraturan-peraturan Universiti, mengawal ketenteraman awam dan pencegahan jenayah dalam kampus

21· Bertanggungjawab memastikan undang-undang dan peraturan serta langkah-langkah keselamatan yang dikuatkuasakan dipatuhi

22· Bertanggungjawab memantau, merakam serta menilai semua program serta aktiviti Universiti dalam semua aspek

23· Menyediakan kawalan keselamatan di majlis rasmi Universiti, menyediakan laporan status harian keselamatan di kawasan tanggungjawab Universiti

24· Menyediakan perkhidmatan bantuan yang diperlukan kepada pelawat dan pelanggan Universiti

25· Memastikan aliran pergerakan trafik dan lalulintas dalam kampus berjalan dengan lancar

26· Mengawal aktiviti demontrasi dan rusuhan di dalam kampus

27· Mengadakan Pasukan Bantu Mula Kebakaran

28· Kawalan keselamatan semasa kejadian bencana

29· Menyediakan papan tanda/tunjuk arah aktiviti rasmi dalam Universiti

30· Mengawal dan mengendali urusan Pelekat Kenderaan Universiti

31· Membuat siasatan dalaman kes kemalangan jalan raya yang berlaku di dalam kampus

Contact Us

Logo-UMK-1
Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Tel :+609 - 7717000 Fax:+609 - 771 7022
Email : bpkp@umk.edu.my
Best View: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800

Visitor Counter

0198577
Today
This Week
This Month
All days
126
549
4494
198577

Forecast Today
336

17.29%
31.85%
4.81%
2.20%
0.11%
43.74%
Online (15 minutes ago):7