Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Portal Rasmi Pejabat Pendaftar

logobm 2 1

Dari Meja Pendaftar

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kerana dengan izinNYA dan limpah kurniaNYA, saya dapat memperkenalkan Laman Web Pejabat Pendaftar kepada semua pelanggan.

Dalam era kepesatan teknologi maklumat, kepentingan mengoptimumkan penggunaan unnamed.jpgplatform teknologi maklumat adalah suatu perkara yang pasti. Laman Web Pejabat Pendaftar diwujudkan khusus bagi memudahkan penyampaian maklumat dengan cepat, tepat dan integriti mengenai fungsi dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Pejabat Pendaftar. Laman Web pejabat pendaftar ini mengandungi maklumat-maklumat penting mengenai pejabat pendaftar yang boleh dijadikan rujukan bagi semua pihak yang ingin berurusan dengan pejabat ini. Mudah-mudahan semua yang dipaparkan itu dapat memberikan gambaran ringkas merangkumi perkhidmatan, pengurusan pentadbiran pejabat pendaftar , pegawai-pegawai setiap bahagian serta fungsi dan bidang tugas bahagian-bahagian di pejabat pendaftar.

Umumnya semua staf mengetahui bahawa Pejabat Pendaftar merupakan nadi yang penting dalam mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan, tadbir urus & perkhidmatan am, pengurusan sumber manusia, keselamatan & kesejahteraan warga kerja UMK. Semua fungsi ini dilaksanakan oleh empat (4) bahagian yang terdapat di Pejabat Pendaftar iaitu Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Pengurusan Am (BPKP) , Bahagian Sumber Manusia (BSM), Bahagian Keselamatan (BK) dan Unit Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UPPKKP).  Bahagian-bahagian di Pejabat Pendaftar bertanggungjawab membawa kemajuan dan mencapai visi universiti selaku Peneraju Pembangunan Modal Insan bercirikan Keusahawanan untuk kesejahteraan global.

Pejabat Pendaftar mendokong penuh kemajuan universiti bagi memastikan pelan strategik universiti terus relevan, realistik dan memenuhi pemegang taruh, bertepatan dan sejajar dengan kehendak dunia pendidikan yang semakin berkembang. Misi dan objektif pejabat pendaftar sentiasa disusun dalam merealisasikan hasrat Pelan Strategik UMK 2016 – 2020 yang telah dilancarkan selaras dengan perkembangan dalam halatuju pendidikan negara (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025).

Saya selaku Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan sentiasa berharap mendapat maklumbalas yang membina sekaligus dapat mempertingkatkan perkhidmatan setiap bahagian di Pejabat Pendaftar yang diberikan agar memenuhi kehendak pelanggan samada dalaman dan luaran UMK .Harapan ini sejajar dengan visi pejabat pendaftar selaku peneraju kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan yang bercirikan keusahawanan selaras dengan aspirasi universiti

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terlibat bagi menjayakan dan memudahkan penyebaran dan penyaluran maklumat kepada umum dengan cepat, tepat dan terkini.

 ‘CEPAT, TEPAT DAN INTEGRITI ’

Salam hormat dan terima kasih,

Mohd Akhmal Bin Abu Bakar

Yang Menjalankan Tugas Pendaftar

Contact Us

Logo-UMK-1
Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Tel :+609 - 7717000 Fax:+609 - 771 7022
Email : bpkp@umk.edu.my
Best View: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800

Visitor Counter

0218446
Today
This Week
This Month
All days
228
841
4127
218446

Forecast Today
552

16.20%
32.80%
4.46%
2.15%
0.10%
44.29%
Online (15 minutes ago):5