Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Portal Rasmi Pejabat Pendaftar

logobm 2 1

Soalan Lazim

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

 

Q1

Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan akademik di Universiti Malaysia Kelantan?

Permohonan jawatan akademik dibuka sepanjang tahun. permohonan perlulah diserta bersama :

- Surat rasmi (nyatakan jawatan yang dipohon)
- Resume terkini
- Salinan sijil-sijil akademik yang disahkan
- Salinan sijil-sijil sokongan yang disahkan

Permohon hendaklah di hantar ke fakulti atau terus ke Pejabat Pendaftar seperti di alamat berikut :

Pejabat Pendaftar,
Tingakat 2,
Banggunan BAP,
Universiti Malaysia Kelantan,
Kampus Bachok,
Karung Berkunci 01,
16300 Bachok,
Kelantan Darul Naim

 

Q2

Bilakah iklan kekosongan jawatan di dalam perkhidmatan UMK dibuat?

Sekiranya terdapat kekosongan jawatan di UMK

 

Q3

Bagaimanakah cara-cara memohon Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Pelaksana di dalam Perkhidmatan UMK?

Permohonan jawatan adalah melalui sistem atas talian iaitu http://jobs.umk.edu.my/. Cara-cara memohon boleh dirujuk kepada iklan yang dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar

 

Q4

Bilakah temuduga sesuatu jawatan yang telah diiklankan dibuat?

Dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan

 

Q5

Berapakah umur maksimum untuk memohon cuti belajar?

Umur maksimum untuk memohon cuti belajar ialah 35 tahun bagi menyambung Ijazah Sarjana dan tidak lebih 40 tahun bagi Ijazah Doktor Falsafah.

 

Q6

Di manakah boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Cuti Belajar?

Maklumat lanjut berkenaan Cuti Belajar boleh diperolehi di dalam Polisi Pengajian Tinggi UMK.

 

Q7

Apakah yang perlu dikemukakan kepada Unit Cuti Belajar semasa dalam tempoh pengajian?

Berikut adalah senarai yang perlu dikemukan kepada Unit Cuti Belajar semasa dalam tempoh pengajian :

i. Plan of Studies (POS) 3 bulan dari tarikh memulakan pengajian.

ii. Laporan Kemajuan Kursus (setiap 6 bulan).

iii. Performance Apprasial - sebelum 31hb Disember setiap tahun.

iv. Kemaskini alamat surat-menyurat dan emel terkini jika ada perubahan.

v. Maklumat keluarga yang dibawa atau dihantar pulang jika ada perubahan.

 

Q8

Adakah layak mendapat pelarasan tempoh pengajian jika saya bersalin dan mengejarkan haji semasa dalam pengajian?

Pelarasan tempoh pengajian tidak layak dipohon berdasarkan prinsip kemudahan cuti tidak boleh digunakan secara serentak. Kenyataan ini boleh dirujuk di dalam Pekeliling Akademik Bilangan 5 Tahun 2014 mengenai Ketetapan Menggunakan Cuti Bersalin atau Cuti Haji Bagi Pemegang Biasiswa Staf dan Tenaga Pengajar Muda (TPM) Semasa Dalam Tempoh Cuti Belajar / Pengajian.

 

Q9

Saya telah membuat pembayaran yuran dahulu, bagaimana cara tuntutan dibuat?

Cara untuk mambuat tuntutan pembayaran yuran ialah kemukakan surat rasmi beserta resit asal yang telah dibayar dan tuntutan balik hanya untuk tempoh tajaan sahaja dan mengikut kelayakan. Sila hantar ke Unit Cuti Belajar untuk proses.

 

Q10

Berapakah markah minimum penilaian prestasi tahunan bagi membolehkan staf mendapat pergerakan gaji tahunan?

Markah minumum penilaian prestas tahunan bagi membolehkan staf mendapat Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) adalah sebanyak 50% dan ke atas 

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PENGURUSAN AM

 

Q1

Bagaimana cara untuk saya mendaftar tanggungan saya didalam senarai klinik panel universiti?

Sila serahkan salinan sijil kelahiran / perkahwinan ke pegawai bertugas di unit Pengurusan Am Universiti, Pejabat Pendaftar.

 

Q2

Apakah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)?

KIK adalah satu kumpualn kecil yang ahlinya terdiri daripada pekerja yang mewakili tempat kerja yang sama atau BERSILANG FUNGSI, berkumpul secara sukarela untuk mengenal pasti masalah, menganalisa dan seterusnya mencetuskan idea-idea yang kreatif dan berunsur inovasi bagi tujuan penyelesaian kepada projek

 

Q3

Apakah yang terkandung dalam Pengurusan Rekod?

Pengurusan rekid adalah sistem pengurusan berpandukan kepada akta / peraturan / panduan daripada Arkib Negara meliputi kepada pewujudan rekod, penggunaan rekod, pemeliharaan dan pelupusan

 

Q4 

Berapakah had maksimum bagi tuntutan rawatan pergigian yang layak dibuat?

Had maksimum setahun bagi staf UMK berkenaan tuntutan rawatan pergigian adalah sebanyak RM200

 

Q5

Berapakah had nilai rawatan bagi klinik panel UMK?

Mengikut kelulusan pihak pengurusan tertinggi, had per rawatan bagi staf UMK di klinik panel UMK adalah sebanyak RM35. Staf perlu membayar sendiri tambahan nilai di klinik tersebut (sekiranya ada)

 

Q6

Bagaimanakah cara untuk menjalankan latihan industri di Universiti Malaysia Kelantan?

Permohonan perlulah disertakan bersama :

- surat permohonan
- resume terkini
- keputusan setiap semester

permohonan yang telah lengkap perlulah di hantar ke Unit Pengurusan Am Universiti, Pejabat Pendaftar dialamat berikut :

Pejabat Pendaftar,
Tingakat 2,
Banggunan BAP,
Universiti Malaysia Kelantan,
Kampus Bachok,
Karung Berkunci 01,
16300 Bachok,
Kelantan Darul Naim

 

BAHAGIAN KESELAMATAN

 

Q1

Bagaimanakah cara untuk memohon pelekat kenderaan?

Permohonan hendaklah diisi di portal  e-comunity di bawah menu Admin - e-sticker. Selepas permohonan diluluskan, sila buat pembayaran di Pejabat Bendahari di setiap kampus untuk dapatkan slip pembayaran. Serahkan slip pembayaran di Pejabat Keselamatan di setiap kampus untuk dapatkan pelekat kenderaan. Bagi pelajar dan kontraktor pula perlu mengisi birang secara manual yang terdapat di Pejabat Bahagian Keselamatan dengan melampirkan salinan lesen memandu, kad staf / kad pelajar / kad pengenalan diri dan geran kenderaan yang sah.

 

Q2

Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan kad pelawat?

Sekiranya anda berkunjung ke UMK, anda perlu melaporkan diri dan mendaftar di Pos Utama Keselamatan yang berada di pintu masuk kampus bagi mendapatkan kad pelawat untuk berurusan dengan pihak UMK. Sila kemukakan kad identiti diri untuk mendaftar sebagai pelawat dan bagi tujuan untuk direkodkan

 

UNIT PENGURUSAN PERSEKITARAN KESIHATAN DAN PEKERJAAN

 

Q1

Berapa kekerapan menyusarat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Induk Universiti?

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Induk Universiti (JPKKPI) diadakan sebanyak empat (4) kali setahun (sekurang-kurangnya Tiga (3) bulan sekali)

 

Q2

Beberapa kekerapan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di PTJ / Fakulti?

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan PTj / Fakulti diadakan sebanyak empat (4) kali setahun (sekurang-kurangnya (3) bulan sekali) setiap kali sebelum Mesyuarat (JPKKPI) diadakan

Contact Us

Logo-UMK-1
Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Tel :+609 - 7717000 Fax:+609 - 771 7022
Email : bpkp@umk.edu.my
Best View: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800

Visitor Counter

0198553
Today
This Week
This Month
All days
102
525
4470
198553

Forecast Today
216

17.30%
31.85%
4.81%
2.20%
0.11%
43.74%
Online (15 minutes ago):16