Pendaftaran Keahlian Badan-badan Profesional

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Staf yang layak untuk memohon kemudahan ini adalah seperti berikut:

 

     -  Staf Kumpulan Pengurusan Tertinggi; atau

 

     -  Staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional; atau

 

     -  Staf daripada skim perkhidmatan tertentu yang memerlukan staf berdaftar dengan badan-badan profesional; dan

 

     -  Berstatus tetap, kontrak dan sementara.

Pihak Universiti hanya menanggung yuran keahlian bagi satu badan profesional sahaja (di dalam negara atau luar negara).  Lain-lain keahlian adalah tanggungan staf.

Kos keahlian yang ditanggung ialah:

     -  Yuran pemprosesan/ pendaftaran – bayaran adalah sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan semasa mendaftar menjadi ahli sesebuah badan profesional;

     -  Yuran peperiksaan – sekali sahaja semasa permulaan menjadi ahli sesebuah badan profesional;

     -  Yuran pembaharuan tahunan – tidak termasuk bayaran pemprosesan, keahlian perpustakaan, tempahan buletin/ majalah tahunan atau bulanan dan seumpamanya tidak dibayar.

Yuran pendaftaran dibayar bagi tuntutan pada tahun semasa sahaja dan permohonan tuntutan bayaran keahlian badan-badan profesional mestilah dibuat selewat-

 

lewatnya tiga (3) bulan dari tarikh pendaftaran keahlian.  Pihak Universiti tidak akan membayar tuntutan yang dibuat selepas tempoh ini.