Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Suatu sistem untuk merancang, melaksana, mengurus dan menilai pencapaian prestasi staf dan matlamat organisasi dalam tempoh satu tahun.

 

Kaedah penilaian prestasi perlu mempunyai ciri-ciri :

 

     a) Setiap pegawai yang dinilai hendaklah ditetapkan sasaran kerja yang perlu dilaksana dan dicapai dalam sesuatu tahun penilaian. Ini penting untuk membolehkan prestasi pegawai                   diukur dengan lebih objektif

 

     b) Penilaian prestasi dilaksanakan secara berterusan dan bukan secara bermusim

 

     c) Jangkaan atau harapan pegawai penilai terhadap pegawai yang dinilai dari segi tahap prestasi yang perlu dicapai hendaklah dimaklumkan kepada pegawai yang dinilai dengan jelas

 

d) Pegawai penilai hendaklah memberi peluang dan bersedia mendengar pandangan yang diberikan oleh pegawai yang dinilai berkaitan dengan prestasinya