Pencapaian Bahagian

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hasil daripada kerjasama erat antara UMK dan AKEPT ini serta komitmen penuh yang diberikan oleh pihak Pengurusan Universiti dalam menjayakan agenda ini maka beberapa kejayaan dan kecemerlangan sepanjang tahun 2021 telah berjaya dicapai dan diperolehi oleh pihak Bahagian Bakat UMK  iaitu: 

 

1. Memenangi pingat emas pada Karnival Inovasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerusi projek Sistem CBTM DASNA (Data Analitic and Social Network Analysis). Sistem ini adalah yang pertama seumpamanya yang dibangunkan di Universiti Awam (UA) khusus bagi tujuan plot dan pemetaan data jaringan berdasarkan hasil penilaian kompetensi yang telah dijalankan.

 

 

2. Mendapat Geran UMK NICE (UMK Non Academic Research For Innovation and Creativity Enhancement) berjumlah RM 6,000 iaitu menerusi projek Kajian Aplikasi Teknik Behavioral Event Interview(BEI) bagi Pelan Penggantian Jawatan Pendaftar UMK. Projek ini dijalankan bermula 21 April 2021 sehingga 21 April 2022.

 

 

3. Sistem Aplikasi Pintar CBTM e-Bakat berjaya dianugerahkan Hak Cipta oleh My IPO pada 14 Disember 2020. Pelaksanaan penilaian kompetensi dilaksanakan menerusi sistem ini sepenuhnya.

 

 

4. Tiga (3) Penerbitan buku berdasarkan Projek Kajian CapaBLe AKEPT juga telah berjaya diterbitkan dengan ISBN dibawah AKEPT iaitu:

 

Bil.

Tajuk Buku

Dana Geran

ISBN

Catatan

1

Modul Amalan Baik Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education -OBE) UMK

 

 

Projek CapaBLe AKEPT

(Ketua Projek: Cik Faidzah bt. Shah Rum)

 

AKEPT

(Terbitan Tahun 2021)

Disediakan oleh pihak Bahagian Bakat dan AKEPT akan edarkan kepada semua UA  untuk rujukan asas latihan akademik UA

AKEPT

 

Terbitan secara e-Book)

2

Buku Pementoran UMK

Projek CapaBLe AKEPT

(Ketua Projek: Cik Faidzah bt. Shah Rum)

Terbitan Tahun 2022

AKEPT

 

Disediakan untuk pelaksanaan program pementoran UMK

3

Buku Modul Latihan Staf Kumpulan Pelaksana

 

Modul Komunikasi Perkhidmatan Pelanggan

Projek CapaBLe AKEPT

(Ketua Projek: Cik Faidzah bt. Shah Rum)

Disediakan untuk tiga (3) Aras iaitu Aras I,II dan II bagi Modul Komunikasi Perkhidmatan Pelanggan UMK

 

 

5. Selain itu, kepakaran staf Bahagian Bakat juga telah mendapat pengiktirafan dari pihak/ organisasi luar iaitu apabila Timbalan Pendaftar Bahagian ini telah dilantik oleh pihak AKEPT sebagai tenaga pengajar/ penceramah bagi Modul 7 (Competency Based Learning Development-CBLD) khusus bagi program Talent Management For Excellence (TAME) kohort 3 anjuran AKEPT, dijemput sebagai Penceramah dalam Forum Akademia anjuran Pusat Pembangunan Profesional Dan Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah diadakan pada 21 Oktober 2021 selain sebagai pembentang kertas kerja pada Seminar Hari Pentadbir Universiti Awam yang telah diadakan pada 29 hingga 31 Mac 2021.