Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Registrar Office

logobI 2 1

BERITA UMK

EMPAT KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF UMK LAKAR KECEMERLANGAN DI KONVENSYEN KIK UNIVERSITI AWAM 2017 DI UNIMAP

KIKUnimap

 

KUMPULAN Medixin Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus mempamerkan kecemerlangan apabila berjaya merangkul penarafan emas bagi kategori Pengurusan pada Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Universiti Awam (UA) Kali Ke 13 bertempat di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau , Perlis, pada 3 Ogos 2017.

 

Pada pertandingan itu kumpulan Medixin mempertaruhkan projek inovasi  sistem E-Medical yang dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada staf mendapatkan akses rawatan perubatan di mana-mana klinik panel UMK yang berdaftar dibawah universiti telah berjaya menarik perhatian pihak juri.

KIKUnimap1Turut mencipta kemenangan ialah Kumpulan Adhoc yang mewakili Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) yang berjaya mendapat anugerah penarafan perak untuk kategori Teknikal manakala Kumpulan Legasi 19  dan Adrenalin masing-masing mendapat penarafan gangsa.

Menurut Penolong Pendaftar Pejabat Pendaftar UMK, En. Mohd Zulfadli Mohd Hussin, pencapaian UMK pada konvensyen KIK kali ini amat memberangsangkan kerana buat  pertama kalinya UMK menghantar empat kumpulan yang telah berjaya memberi reputasi yang membanggakan biarpun kali pertama menyertainya.

 

KIKUnimap4

Beliau berkata, pihak universiti telah menghantar dua kumpulan bagi kategori pengurusan dan dua kumpulan bagi kategori teknikal. 

 

“UMK telah berjaya membuktikan melalui penyertaan konvensyen ini bahawa komitmen dan perancangan ke arah menjadikan kumpulan staf kreatif dan berinovasi mencapat matlamat serta menyumbangkan hasil kreatif mereka dengan menerapkan idea dalam sistem yang berfungsi atau produk untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam sistem penyampaian perkhidmatan.

 

KIKUnimap5“Pihak UMK, amat berbangga dapat menyertai Konvenyen KIK ini yang diadakan setiap tahun secara giliran dengan objektif utamanya untuk mencungkil idea rekabentuk dan inovasi di kalangan kakitangan UA selain menjadi platform percambahan idea dan segala ilmu pengetahuan serta letusan idea baharu di atas platform inovasi daya cipta unggul dengan memupuk nilai pengurusan yang berkesan,” katanya.

 

Majlis penyampaian hadiah dan penutup KIK UA 2017 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat.

 

Pada pertandingan KIK 2017 itu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan menewaskan 39 pasukan yangn mempertandingkan projek KIK mereka pada konvensyen kali ini.

Antara UA yang terbabit ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) , Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, UMK, Universiti Teknikal Melaka, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Islam Antarabangsa, UniSZA, dan tuan rumah UniMAP.

Johan, naib johan dan tempat ketiga akan membawa pulang hadiah masing-masing berupa wang tunai RM6,000, RM4,000, RM2,000 bersama trofi dan sijil penghargaan.

 

 


 

UMK RAIH 2 PINGAT EMAS DI KONVENSYEN MINI TEAM EXCELLENCE 2017 WILAYAH PANTAI TIMUR

44

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat      Foto : Pejabat Pendaftar

 

KECEKAPAN sistem E-Medical iaitu projek inovasi dalam me­­­ngendalikan urusan staf universiti untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik panel berjaya meraih pingat emas dalam Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah Pantai Timur anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, Terengganu, pada 24 dan 25 Julai 2017.

22

Kejayaan produk ciptaan Kumpulan Medixin daripada Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu berjaya menarik perhatian juri dengan mengetengahkan produk bertajuk Kesukaran Staf UMK mendapatkan rawatan perubatan di Klinik Panel UMK.

Projek inovasi  yang dibangunkan menerusi proses sistem E-Medical itu bertujuan untuk kemudahan urusan staf mendapatkan akses rawatan perubatan di mana-mana klinik panel UMK yang berdaftar dibawah universiti.

Sementara itu, Kumpulan Ad HOC daripada Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) turut meraih Anugerah Emas menerusi projek Lukisan Pelajar yang tidak berkualiti dalam konvensyen yang mendapat penyertaan daripada 44 kumpulan daripada pelbagai agensi swasta, industri dan awam.

 

Menurut Penolong Pendaftar, Pejabat Pendaftar, Encik Mohd Zulfadli Mat Husin, pencapaian cemerlang dua kumpulan yang mewakili UMK ini adalah kesinambungan daripada penganjuran konvensyen Konvensyen Inovatif dan Kreatikf (KIK) Peringkat UMK yang julung kali diadakan pada Mei lepas.

Katanya, Kumpulan Medixin sebelum ini telah menjadi johan keseluruhan dan Kumpulan Ad Hoc Berjaya meraih Anugerah Inovasi Terbaik dalam konvensyen yang sama.

“Kejayaan Medixin dan Adhoc dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur ini merupakan satu kejayaan cemerlang bagi UMK selepas penyertaan sulung dalam konvensyen tersebut,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Anugerah Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah Pantai Timur, baru-baru ini.

33

 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah MPC Malaysia, Tuan Haji Abdul Rahim Yusoff .

Turut hadir, Pengarah MITI Wilayah Kelantan dan Terengganu, En. Nik Mohd Fahim Muhaimin dan Pengarah Wilayah PantaiTimur , MPC, Tn. Haji Adnan Abdullah.

Mohd Zulfadli berkata, Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur ini merupakan platform mengiktiraf projek inovatif dan kreatif yang dilaksanakan di organisasi masing-masing dan diadakan setiap tahun sebagai medan untuk memilih 10 pasukan terbaik ke Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan.

“Pada konvensyen kali ini, jumlah terkumpul penjimatan yang berjaya dicatatkan daripada semua kumpulan yang bertanding adalah berjumlah RM 30 juta.

 

11

“Kejayaan Kumpulan Medixin dan Adhoc ini melayakkan pasukan tersebut menyertai Konvensyen KIK peringkat UA kali ke 13 yang berlangsung di UNIMAP bermula 2 Ogos 2017. Selain itu, dua kumpulan iaitu Kumpulan Adrenalin daripada Pejabat Pengurusan Infrastruktur Dan Aset (PPIA) dan Kumpulan Legasi 19 daripada Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI) juga akan mewakili UMK pada konvensyen tersebut, ” katanya.

Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur ini turut mendapat penyertaan daripada Petronas, DRB Hicom, Perkeso, Felda, Modenas dan Lembaga Tabung Haji.

Manakala, universiti awam  terdiri daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam dan Machang. 

 

 


 

PEJABAT PENDAFTAR RAI 77 STAF CEMERLANG BAGI TAHUN 2016

 

ApcPendaftar

BAGI memberi pengiktirafan dan menghargai jasa staf, Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menganjurkan majlis Anugerah Penghargaan & Majlis Berbuka Puasa dengan tujuan utama bagi meningkatkan tahap kualiti penyampaian pengurusan perkhidmatan kepada warga universiti. Seramai 77 penerima anugerah kecemerlangan staf menerusi pelbagai kategori diraikan sebagai tanda penghargaan diatas  komitmen yang diberikan telah diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan, pada 7 Jun 2017.

 Penghargaan ini di diberikan kepada staf yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta mutu penghasilan yang maksimum melebihi tanggungjawab biasa bagi jawatannya supaya menjadi pencetus kepada agenda penting dan komitmen terhadap usaha-usaha menyemarakkan lagi budaya inovasi di kalangan staf UMK. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Penghargaan Kecemerlangan Staf, Anugerah Sukan, Anugerah Inovasi Kategori Kumpulan dan Individu, Anugerah Sosial, Anugerah Pengurusan Masa Terbaik dan Anugerah Staf Komited. Menurut Pendaftar UMK, Mej. (K) Pauzi Pak Chu berkata, asas penilaian pemberian Penghargaan Kecemerlangan Staf adalah berpandukan kepada markah yang diperolehi dalam penilaian prestasi tahunan. 

 “Pemilihan staf cemerlang pada tahun ini adalah berdasarkan kepada keputusan markah 80 peratus dan lebih bagi tempoh dua tahun berturut-turut layak dipertimbangkan sebagai penerima anugerah. “Manakala sekiranya staf Pejabat Pendaftar yang pernah mendapat APC atau AGU dalam tempoh dua tahun tidak layak menerima anugerah yang dipertandingkan,” katanya pada majlis perasmian Anugerah Penghargaan & Majlis Berbuka Puasa tersebut. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),  Prof. Dr. Mohd Hassan  Mohd Osman. Sementara itu, penerima Anugerah Kecemerlangan Staf, Pn. Khadijah Al Hassany Al Kubra, penganjuran majlis pengiktirafan ini telah menyuntik semangat positif di kalangan kakitangan jabatan Pendaftar untuk lebih berusaha memberi perkhidmatan yang tebaik kepada Universiti. “Majlis sebegini wajar dianjurkan oleh setiap jabatan bagi menghargai staf serta sebagai pedorong kepada staf yang lain untuk terus berusaha memberi komitmen yang maksimum terhadap setiap tugasan yang diberikan,” katanya.  

    


UMK RANGKUL 4 PINGAT EMAS DI KONVESYEN MINI TEAM EXCELLENCE 2017

1

DALAM usaha menggalakkan pembudayaan minda kreatif dan inovatif di kalangan warga kerja perkhidmatan awam di negeri ini, Malaysia Productivity Corporation (MPC) menganjurkan Konvesyen Mini Team Excellence Wilayah Pantai Timur yang telah diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan pada 4 April 2017.

2

Konvesyen TE dianggap satu platform bagi mengiktiraf projek inovatif dan kreatif yang telah berjaya dilaksanakan di organisasi  dengan menyediakan platform bagi aktiviti penanda arasan dari aspek perbandingan tahap pencapaian impak projek di antara organisasi yang menyertai konvensyen ini.

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut tidak ketinggalan menyertai pertandingan tersebut dan berjaya merangkul empat pingat emas.

Pada tahun ini, sebanyak 17 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dalam pengurusan organisasi mengambil bahagian untuk mempamerkan kreativiti dan inovasi masing-masing.

Bagi setiap kategori yang dipertandingkan, kumpulan UMK yang terdiri daripada Ad Hoc, 4-rest, Sopro dan Adrenalin berjaya menambat hati para juri terhadap servis dan produk yang dihasilkan dari aspek penambahbaikan serta penjimatan kos yang efisyen.

Pingat emas yang diraih oleh kumpulan Ad Hoc adalah menghasilkan inovasi kaca mata untuk memudahkan pelukis mendapat titik pusat manakala kaedah pembiakan pokok menerusi Teknologi Lenturan Udara (tut) hasil ciptaan kumpulan 4-rest.

Disamping itu, sistem pengumpulan data penerbitan dan penyelidikan yang dilakukan oleh kumpulan Sopro memberi kemudahan yang sistematik sehingga mampu menjimatkan kos sehingga RM 206,000 setahun dan kumpulan Adrenalin turut menyumbang pingat emas terhadap perkhidmatan kemudahan servis kenderaan yang dilakukan.

3Menurut Pengerusi MPC, Encik Nik Faizal Nik Ahmad berkata, program ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan hasil inovasi termasuk proses, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), teknikal, serta penjimatan kos yang digunakan oleh setiap organisasi.

Selain itu, menerusi konvensyen mini ini setiap kumpulan mempamerkan kreativiti terhadap produk ciptaan mereka menerusi idea yang mampu memberi sumbangan besar terhadap syarikat.

“Penganjuran Konvensyen KIK juga akan membantu setiap agensi secara keseluruhannya dalam menambah baik segala urusan seperti memperkenalkan produk untuk meningkatkan kecekapan kerja dan penciptaan sistem yang lebih berkesan.

“Program ini turut memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk mempersembahkan projek penambahbaikan yang mampu memberi impak positif kepada organisasi serta meningkatkan imej ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

 

 

4

 


 

KONVENSYEN INOVATIF, KREATIF UMK HASILKAN PENJIMATAN KOS OPERASI DAN PENGURUSAN RM1.2 JUTA

111

 KUMPULAN Medixin daripada Jabatan Pendaftar muncul johan pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Universiti Malaysia Kelantan (UMK), bertempat di Laman Monsun, UMK Kampus Bachok, Tangok, Kelantan, baru-baru ini.

Kemenangan menerusi kategori utama itu membolehkan Kumpulan Medixin membawa pulang geran daripada pihak universiti bernilai RM10,000, berserta trofi, sijil dan hadiah iringan.

Manakala tempat kedua, dimenangi oleh Kumpulan Adrenalin daripada Pejabat Pengurusan Infrastruktur dan Aset (PPIA) yang membawa pulang geran berjumlah RM7,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Legasi 19 daripada Pejabat Perpustakaan Dan Pengurusan Ilmu (PPI) yang berjaya membawa pulang geran berjumlah RM5,000, piala dan sijil.

Sementara itu, Pejabat Hal Ehwal Pelajar yang diwakili oleh kumpulan Wisdom, turut menyerlah pada KIK 2017 apabila menggondol Anugerah Persembahan Terbaik manakala Timbalan Pendaftarnya, Puan Alifah Adnan membuat kejutan muncul sebagai pemenang Anugerah Fasilitator Terbaik.

Dalam pada itu, Kumpulan Adhoc daripada Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) memenangi Anugerah Inovasi Terbaik dan Anugerah Visual Terbaik dimenangi oleh Kumpulan 4Rest daripada gabungan Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Fakulti Sains Bumi (FSB) dan Agro Park.

Manakala, Penolong Pendaftar, Pejabat Pentadbiran UMK Kampus Jeli, En. Azzhar Mohd Nawi daripada Kumpulan Try N Error pula membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang Anugerah Pembentang Terbaik KIK 2017.

Menurut wakil kumpulan Medixin, kemenangan itu adalah menerusi idea menghasilkan sistem pengurusan cekap iaitu E-Medical yang merupakan sistem yang telah dibangunkan sebagai akses untuk staf mendapatkan rawatan perubatan di mana-mana klinik panel UMK yang berdaftar.

Katanya, melalui sistem E-Medical, pengguna atau warga UMK mendapat manfaat daripada kelebihan ini yang memudahkan penyimpanan rekod maklumat staf yang mendapatkan rawatan.

“Staf yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik panel tidak perlu lagi menggunakan buku rawatan sebaliknya hanya perlu menunjukkan kad staf atau kad pengenalan/tanggungan sebagai pengenalan diri,” katanya.

Sebanyak 14 kumpulan yang bertanding di peringkat akhir konvensyen itu dimana proses penghakiman diketuai oleh Pengurus Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Negeri Kelantan dan juri-juri profesional.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Hassan Mohd. Osman berkata, manfaat daripada penganjuran Konvensyen KIK 2017 adalah UMK dapat memperkenalkan sistem dan cara kerja baru yang boleh menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai (value creation).

Katanya, penghasilan inovasi dan kreativiti yang lahir daripada kumpulan KIK universiti itu juga memberi impak besar kepada universiti menerusi penjimatan kos operasi yang dicatatkan secara terkumpul daripada kesemua 15 kumpulan KIK iaitu sebanyak RM 1,276,476.06.

"Dengan kepakaran dan pelbagai input yang dihasilkan kita dapat mengurangkan kos perbelanjaan operasi dan pengurusan universiti,” katanya.

Kumpulan KIK yang memenangi Konvensyen pada kali ini akan diberi peluang untuk mewakili UMK dalam konvensyen KIK peringkat Universiti Awam pada tahun ini yang akan diadakan di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Selain itu, pemenang juga berpeluang untuk menyertai Konvensyen Peringkat Wilayah Anjuran MPC dan pelbagai pertandingan lain.

Contact Us

Logo-UMK-1
Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Tel :+609 - 7717000 Fax:+609 - 771 7022
Email : bpkp@umk.edu.my
Best View: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800

Visitor Counter


Warning: Division by zero in /home/pendaftarumkedu/public_html/modules/mod_zt_visitor_counter/helper.php on line 74
0243797
Today
This Week
This Month
All days
72
780
3597
243797

14.72%
33.85%
4.22%
1.99%
0.09%
45.14%
Online (15 minutes ago):17